TENTANG KAMI

tentang

Pada 16hb September 2009, stesen tv Islami pertama di Malaysia, TV AlHijrah hadir sebagai penanda era baru dalam industri penyiaran di Malaysia. Tujuan utama penubuhan stesen ini ialah menyediakan sebuah platform tv untuk mendidik, menghibur dan menyatukan ummah.

Kandungannya sesuai untuk semua lapisan umur, bagi penonton Islam dan bukan Islam. Demografi utama disasarkan kepada golongan muda dan kumpulan penonton bawah 40 tahun.